Pergi nye seorang insan yang dahulu nye rejimen askar tanah melayu,yang turut berperang dengan komunis,kini hanye tinggal kenangan.
Beliau(atukku) seorang yang kuat walaupun usie nye da lanjut,mampu angkat tong gas yang penuh seorang diri sedang kan aku terkial2 nak angkat.Dulu nye seorang yang periang,selalu membeli kan roti canai dan kueh untuk sarapan seisi keluarga di pagi hari.Selalu berpesan kepada cucu2nya supaya belajar rajin2.
atuk start sakit dengan paru2 berair,kemudian di tempat kn di columbia,tak ame lepas tu,sakit jantung muncul,dan dimasokkan ke ijn kuala lumpur,semase sakit,atuk nampak kurus sangat,tak bermaya,tak seceria dulu,senyap.
Sabtu,19/11
Sedang aku leka beratur untuk antar borang ptptn,tibe2 satu panggilan dari mak aku masok.
"hello,bang ade sape2 call tak?"
"takde pulak,kenape?"
"atuk da takde....atuk da pegi.."
"............"
aku tergamam,senyap seketike.tak hirau da sekeliling,walaupun nombor da panggil tige kali baru ak tersedar,Ya Allah,kenape tibe2..(mati tak kenal usia,waktu dan tempat).Tepat jam 4petang(tak sure) atukku mengucap kn kalimah syahadah dgn nafas yang terakhir.
Sayu hatiku tatkala mendengar suara ibuku yang menangis dalam talefon.hampir mengalir air mata turuna ku.
"abg nk tw x,kitorang dalam perjalan nk pergi umah makteh,nk tengok atuk,da nak sampai,tibe2 maklang call kate atuk da takde..." cerita dari adik aku,.
bayang kan la perasaan mak aku mase th,hanye Allah yang tahu.
Jenazah dibawa ke kampung pada jam 8malam tu jugak.sebab nk kebumi kat kampung.
Keesokkan nye,selepas subuh,aku membace kan yassin untuk atukku yang sedang 'tidur' lena.
pukul 8pagi,imam sampai untuk siap2 memandikan mayat,aku tak sempat nak mandi kan atuk aku kerane kene pergi kedai,sampai je,atuk aku da diwuduk kan,kemudian dikafan kan.kali terakhir aku salam cium tangan atuk pada 3/11,mase kenduri sedara aku,dan kali terakhir aku cium dahi atuk,mase dikafan kan,jatuh menitis air mata teruna ku,tak dapat ku tahan lagi.penuh kesayuan,aku melihat uwan aku,tidak setitik pn air mata nye mengalir,mungkin kering semasa membaca kan yassin malam tadi.aku melihat wajah atuk,sungguh tenang,bersih dan suci,takde sedikit pn cacat cela pada wajah nye,Ya Allah,engkau tempat kan lah atukku dalam kalangan orang2 yang briman..
aku solatkan atukku,aku iring die ke tempat 'tidur'nya,aku tarikkan selimut(papan lahad),aku tutup kan pintu(pasir) untuk atuk,dan imam membaca kan talkin,tinggal lah atuk keseorangan didalam sana.
sebak rasa dihati hanya Allah yang tahu..
Yang pergi,tetap pergi,yang hidup harus terus kan kehidupan dalam iman,dan teros beribadah kepada-NYA.
akhir kalam,wassalam~
No comments:
Post a Comment